Jabatan Komputer KPMIM merupakan salah satu jabatan yang mengkoordinasikan kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Terdiri daripada 19 orang pensyarah yang mempunyai pengkhususan di dalam bidang masing-masing.
Kursus-kursus yang menjadi tunjang kepada Jabatan Komputer ialah program Higher National Diploma in Computing (Business and Information Technology) dibawah kawalseliaan mutu bersama Edexcel UK dan Diploma in Business & Computer Networking(DBN) usahasama di antara Cisco di bawah kawalseliaan Universiti Kuala Lumpur. Selain daripada itu, Jabatan Komputer juga berperanan dalam urusan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi serta teknologi pengkomputeran di KPMIM khususnya.